Bagaimana Mengelakkan Kerugian Di Dalam Forex

Kesilapan 1 : Menyertai forex kerana boleh cepat kaya.

Kebanyakkan para trader newbie gemar menggunakan kadar leveraj yang tinggi kerana mereka fikir, dengan modal yang kecil, mereka boleh melipat gandakan kekayaan dalam masa yang singkat. Ini memang kesilapan besar!! Sememangnya jika anda menggunakan leveraj yang tinggi, dalam masa singkat anda boleh melipatgandakan modal anda.

Tetapi, dalam masa yang sama juga anda boleh kehilangan modal anda dalam masa yang singkat juga jika market berpatah arah. Perkara inilah yang kebayakkanya dilupakan oleh para newbie iaitu jika anda menigkatkan lagi potensi keuntungan, anda juga akan meningkatkan potensi kerugian. Continue reading →

5 Tanggapan Yang Salah Mengenai Forex

Tanggapan 1 : Jika saya tahu bermain saham, maka saya juga tahu bermain forex

Jika sebelum ini anda mempunyai pelbagai pengalaman & teknik bermain saham dan anda cuba mengaplikasikan ilmu anda bermain saham ke trading forex anda, maka anda silap. Tidak seperti saham, pasaran forex lebih kompleks. Ini kerana pasaran forex buka 24 jam sehari dan ini menyebabkan kecairan yang sangat-sangat tinggi ke atas forex berbanding saham. Contohnya jika saham, ada tempoh masa naik ataupun turun dalam masa yang panjang. Tetapi forex bila-bila masa sahaja pasaran boleh naik ataupun turun tanpa ada jangka masa. Continue reading →